1/03/2011

Bantu kami Ya Allah..

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: "Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan, namun sebaik-baik pelaku salah ialah yang sering bertaubat."
 Allah SWT pula berfirman yg bermaksud: "Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah SWT" (Yusuf: 87)
Allah SWT berfirman lagi bermaksud: Sesungguhnya Allah SWT amat menyukai orang yang sering bertaubat dan membersihkan diri." (Al-Baqarah : 222)


Sememangnya manusia dan kesilapan tak dapat dipisahkan, begitu juga manusia dan dosa. Namun Allah SWT itu Maha Pengampun, Dia amat mengerti akan kekurangan hamba-hambaNya. Maka kita sebagai manusia yang sering terperosok ke dalam gaung dosa tak sepatutnya mensia-siakan kasih sayang Allah ini. Kita perlu tolak diri kita  utk melompat keluar drp gaung dosa.

Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap kali kita berusaha utk memenjat gaung dosa ini utk keluar darinya, setiap kali itu juga kita akan tersungkur dan terjatuh ke dalamnya semula. Kenapa berlaku sedemikian??
Ini adalah kerana kita diikat oleh satu tali yang bernama hawa nafsu, dan tali itu ditarik oleh syaitan yang dilaknat.

Sebab itulah kita disarankan supaya sering bertaubat. Mana mungkin orang yang byk dosa  bertaubat hanya sekali kpd Allah. Sebenarnya setiap kali kita bertaubat kepada Allah, kekuatan jiwa akan bertambah dan hidup kita akan menjadi tenang. Kemudian kita sematkan di dalam jiwa kita rasa hendak berubah. InsyaAllah dengan doa dan tawakkal kita kepada Allah, Allah sendiri akan membantu kita untuk mengeluarkan kita dari gaung dosa.

Istiqamahkan diri dengan ibadah-ibadah ringan yg mudah, moga2 hati mnjadi lembut. Seterusnya boleh mula mentaklifkan diri dengan taklifat yg sederhana, seperti wajib ke masjid, atau wajib puasa Isnin Khamis.. InsyaAllah ada keberkatan dlam mempertingkatkan amal soleh ini.

"Amal yang baik itu menghapuskan dosa amal yang buruk."

Oleh itu, marilah sama-sama kita duduk sebentar dan mengecas kembali iman kita. Marilah sama-sama kita muhasabah keadaan kita sekarang ini.

Ini hanyalah sekadar perkongsian. Saya juga sebenarnya lemah dengan kelemahan yang teramat sangat. Terasa bahawa diri ini diselubungi dosa yg menggunung. Nafsu memang sukar ditundukkan, mata ,memang sukar dikawal, hati pula memang susah nak dijaga.

"Ilmu itu cahaya, dan cahaya tidak akan memasuki hati yang kotor."

Maka, kita perlu berusaha utk melepaskan diri, berusaha utk melompat keluar dari gaung dosa..Harapan saya semoga Allah SWT memberikan kita semua kekuatan utk melepaskan diri saya daripada tali yang bernama nafsu itu.

Ya Allah dengarlah suara hamba-hambaMu ini..