عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَتَكُونُ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ
وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ عَرَفَ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ
وَتَابَعَ قَالُوا أَفَلَا نُقَاتِلُهُمْ قَالَ لَا مَا صَلَّوْا
Maksud:
Daripada Ummu Salamah sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang
para pemimpin, kalian kenal mereka namun kalian mengingkari(perbuatan mereka),
sesiapa yang mengetahui (kemungkarannya) hendaklah berlepas diri, dan
barangsiapa yang mengingkari, maka ia telah selamat. Tetapi bagi sesiapa yang
redha dan mengikuti, para sahabat mencelah, “Bagaimana jika memerangi mereka?”.
Baginda menjawab, “Tidak, selagi mereka masih solat”.
Takhrij: Riwayat Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Wajib Ingkar Perintah Pemimpin Yg Menyalahi Ajaran Agama & Meninggalkan Pembunuhan Selagi Mereka Masih Solat & Seumpamanya, No Hadith: 62
Keterangan
hadis
·
Sabda Nabi SAW
pada lafaz (فَمَنْ عَرَفَ فَقَدْ
بَرِئَ)
dan pada riwayat lain berbunyi(فَمَنْ
كَرِهَ فَقَدْ بَرِئَ) menjelaskan bahawa
siapa yang membenci kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpinnya serta tidak
mampu mengingkari dengan tangan dan
lisannya, dan dia membenci dengan hati, maka dirinya terlepas dari dosa dan
hukuman.
·
Begitu juga bagi
sesiapa yang mengetahui kemungkaran dan dia tidak mengikutinya, maka
terputuslah baginya daripada dosa dan hukuman. Sepatutnya dia mengubah dengan
tangannya atau dengan lisannya, namun jika dia tidak mampu hendaklah
membencinya dengan hati.
·
Sesiapa yang
tidak mampu untuk menghilangkan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpinnya,
tidaklah berdosa hanya dengan berdiam diri tetapi berdosa apabila dia
meredhainya. Ini dapat dilihat melalui sabda Nabi SAW: (وَلَكِنْ
مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ)
yang bermaksud, “tetapi berdosa dan dijatuhkan hukuman bagi sesiapa yang redha
dan mengikuti”.
·
Adapun pada
sabda Nabi SAW: (أَفَلَا نُقَاتِلُهُمْ
قَالَ لَا مَا صَلَّوْا),
ianya membawa maksud bahawa rakyat tidak harus keluar daripada pemimpin apabila
pemimpin tersebut melakukan kezaliman dan kefasikan selagi mana mereka tidak
mengubah sesuatu daripada syariat Islam.
Pengajaran
1. Sesiapa
yang membenci kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin, maka dia telah berlepas
diri daripada dosa dan hukuman
2. Sesiapa
yang tidak mampu mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin hendaklah
dia berdiam diri kerana tindakan ini tidak akan mendatangkan dosa kerana yang
mendatangkan dosa ialah apabila seseorang itu redha dengan kemungkaran yang
dilakukan oleh pemimpin
3. Setiap
Muslim wajib mentaati pemimpin mereka selama mana pemimpin tersebut tidak
mengingkari syariat Islam
Rujukan:
- Syarah Sahih Muslim oleh al-Imam al-Nawawi
- Fath al-Mun'im Syarh Sahih Muslim oleh Musa Shahin al-Ashin
Oleh:
Nor Yasmin binti Abu Talib