3/21/2010

Mahasiswi Murtad..Astagfirullah..

Bangi – Seorang siswi Universiti Kebangsaan Malaysia dikatakan telah murtad, iaitu keluar daripada agama Islam. Menurut sumber, siswi tersebut yang kini menuntut di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan telah mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam dan bertukar kepada Athies, iaitu tidak beragama.
Siswi tersebut dikatakan memilih untuk tidak beragama kerana dia tidak melihat kepentingan untuk dia beragama. Hal ini berpunca daripada keadaan sekeliling yang tidak memberi penekanan terhadap peri-pentingnya beragama dalam kehidupan seseorang.
Sekiranya langkah kesedaran tidak diambil seawal mungkin, isu murtad ini akan menjadi gejala sepertimana yang berlaku di Universiti Kebangsaan Putra (UPM) baru-baru ini. Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar UPM telah ditahan polis berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.
Sebelum gejala murtad ini berleluasa, persatuan-persatuan mahasiswa Islam dan Jaksa Kerohanian di kolej-kolej perlu bertindak pantas menyedarkan masyarakat kampus mengenai kemuliaan agama Islam dengan memperbanyakkan program-program berbentuk kesedaran beragama. Program-program yang melalaikan mahasiswa juga perlu dikaji sedalam mungkin oleh pihak atasan sebelum kelulusan diberikan.
Kerjasama antara semua warga kampus adalah perlu agar suasana Biah Solehah wujud di UKM sekaligus gejala kerosakan akhlak yang kebanyakkannya menjurus kepada  murtad dapat ditangani...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan