6/11/2010

ISIUKM: 'Baby Hatch' antara penyelamat dan pemusnah

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama-sama Orpahan Care telah melancarkan pusat perlindungan bayi( baby hatch) pada 29 Mei 2010. Ini bertujuan untuk mewujudkan ruang khas untuk ibu-ibu yang terdesak untk membuang bayi mereka.
ISIUKM secara amnya bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak Kementerian serta Orphan Care untuk menangani gejala pembuangan bayi ini dengan mengumpulkan mereka di satu tempat yang khusus. Bayi yang baru lahir ini adalah ibarat selembar kain putih. Mereka ini langsung tidak berdosa dan tidak bersalah untuk dibunuh begitu sahaja.
Namun, dalam satu pandang sisi yang lain, penubuhan 'baby hatch' ini seolah-olah menjadi penerus bagi mereka yang ingin melakukan zina.
Pengurusi Helwa Ikatan Studi Islam (Helwa), Maryam Afifah Abdul Latif berkata penubuhan 'baby hatch' ini akan mendatangkan kesan yang mendalam kepada masyarakat khususnya ditujukan kepada golongan remaja. Penubuhan 'baby hatch' ini seolah-olah telah memberi lampu hijau kepada mereka untuk berbuat zina.Sebelum ini, kebanyakkan mereka yang hendak terlibat dengan zina, pasti akan menjadi ragu-ragu untuk berzina. Ini kerana bayi yang dihasilkan dari penzinaan itu akan menjadi satu bebanan kepada mereka sejurus menjadi antara 'fear factor' untuk mereka melakukan zina.

"Apa lagi yang hendak dirisaukan sekarang. Semuanya telah menjadi mudah. Mereka (penzina) kini tidak perlu lagi untuk memikirkan hasil dari perlakuan terkutuk mereka. Apabila sudah dilahirkan serah sahaja kepada pusat 'baby hatch' untuk diuruskan dengan lebih lanjut" - katanya lagi

Selain itu, Timbalan Pengurusi Tarbiyah ISIUKM, Nur Sahila Sapie berkata, kerajaan perlu bertegas dalam isu pembuangan bayi ini. Jika kerajaan betul ingin menangani isu pembuangan bayi, maka kerajaan seharusnya membuat satu solusi yang berkesan terhadap mereka yang berzina ini sejurus akan mengurangkan bilangan-bilangan anak yatim(bayi yang dibuang) yang akan dihasilkan.

"Dalam Islam telah disyariatkan untuk melaksanakan hudud bagi mereka yang telah berzina. Ini jelas di dalam surah An-Nur ayat yang kedua yang berbunyi :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”

Siapa lagi yang ingin berzina jika mereka akan disebat sebanyak seratus kali bagi mereka yang belum kahwin. Adapun bagi mereka yang telah kahwin, hukumnya direjam sehingga mati" katanya.

ISIUKM memandang serius isu pembuangan bayi ini. Justeru, Kami mendesak supaya kerajaan memperketatkan lagi undang-undang bagi pesalah zina ini.
"Jika pihak kerajaan serius dalam menangani isu ini, maka kerajaan seharusnya menggubalkan undang yang lebih tegas bukan setakat menyelamatkan bayi yang dibuang, namun terus menghalang dari berlakunya penzinaan yang merupakan punca utama kepada masalah pembuangan bayi ini" - tegas sahila lagi.


ISLAM MEMIMPIN TRANSFORMASI UMMAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan