3/21/2010

Mahasiswi Murtad..Astagfirullah..

Bangi – Seorang siswi Universiti Kebangsaan Malaysia dikatakan telah murtad, iaitu keluar daripada agama Islam. Menurut sumber, siswi tersebut yang kini menuntut di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan telah mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam dan bertukar kepada Athies, iaitu tidak beragama.
Siswi tersebut dikatakan memilih untuk tidak beragama kerana dia tidak melihat kepentingan untuk dia beragama. Hal ini berpunca daripada keadaan sekeliling yang tidak memberi penekanan terhadap peri-pentingnya beragama dalam kehidupan seseorang.
Sekiranya langkah kesedaran tidak diambil seawal mungkin, isu murtad ini akan menjadi gejala sepertimana yang berlaku di Universiti Kebangsaan Putra (UPM) baru-baru ini. Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar UPM telah ditahan polis berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.
Sebelum gejala murtad ini berleluasa, persatuan-persatuan mahasiswa Islam dan Jaksa Kerohanian di kolej-kolej perlu bertindak pantas menyedarkan masyarakat kampus mengenai kemuliaan agama Islam dengan memperbanyakkan program-program berbentuk kesedaran beragama. Program-program yang melalaikan mahasiswa juga perlu dikaji sedalam mungkin oleh pihak atasan sebelum kelulusan diberikan.
Kerjasama antara semua warga kampus adalah perlu agar suasana Biah Solehah wujud di UKM sekaligus gejala kerosakan akhlak yang kebanyakkannya menjurus kepada  murtad dapat ditangani...

???

LAMBOR: Pasangan pengantin baru Mohd Zahid Abu Bakar, 29 yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan pasangannya Yasidah Abu Bakar, 27, di sini, mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Mohd Nikman, 33, untuk akad nikah.
CANGGIH...Yasidah berhubung dengan suaminya, Mohd Zahid melalui sidang video.
CANGGIH...Yasidah berhubung dengan suaminya, Mohd Zahid melalui sidang video.
“Keputusan melakukan pernikahan secara sidang video diambil kerana suami (Mohd Zahid) tidak dapat pulang ke tanah air. Malah dia bertekad tidak akan pulang selagi tidak menggenggam ijazah dalam bidang Usuluddin.

“Selepas berbincang dengan kedua-dua belah keluarga, kami akhirnya bersetuju mewakilkan abang Mohd Zahid untuk majlis akad nikah. Walaupun nampak kompleks, saya bersyukur semuanya berjalan lancar mengikut hukum syarak walaupun tanpa kehadiran suami.

“Saya bersyukur hubungan kami berakhir dengan perkahwinan dan saya bercadang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar, sekali gus membolehkan kami tinggal bersama di sana,” kata Yasidah yang berasal dari Parit 13, Titi Gantung, Bota.

Menceritakan detik pertemuan dengan suaminya di Mesir, beliau berkata, perkenalan singkat dalam persatuan amar maaruf membawa kepada ikatan pertunangan pada 25 Disember 2009.
“Kami merancang berkahwin dalam tempoh tiga bulan selepas bertunang dan majlis akad nikah hari ini (kelmarin) melengkapkan perjanjian itu.

“Bagi kami perkahwinan ini adalah ikatan percintaan, sekali gus menjaga adab dan nilai kesucian agama kerana kebebasan tanpa had dan sempadan tanpa ikatan bakal mengundang keruntuhan moral dan mencemarkan kesucian agama,” katanya.

Sementara itu, Naib Kadi kawasan Bota/Lambor, Omar Tahir, berkata upacara akad nikah terbabit sah mengikut syarak walaupun pengantin lelaki diwakili oleh abangnya.

“Saksi dan orang ramai yang mengikuti sidang video secara langsung ini juga tidak mempunyai masalah mengenai status pengantin lelaki kerana mereka dapat melihatnya secara jelas dalam komputer,” katanya.

3/12/2010

Tahniah buat Smaasza Tercinta!

Hari ini diumumkan Keputusan STAM dan SPM 2009 peringkat sekolah di seluruh Malaysia, di SMAASZA ianya diumumkan oleh PK 1, Puan Rakiah binti Tengah pada jam 11.00 pagi tadi. Manakala Pengetyanya En. Hashim bin Embong telah menyampaikan 'slip keputusan' kepada pelajar-pelajar yang cemerlang.

Bagi peperiksaan STAM, seramai 71 orang calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut. Dari jumlah itu seramai 5 orang yang telah berjaya meraih mumtaz dalam kesemua matapelajaran yang diambil. Mereka ialah: Ahamd Razikin b. Zakaria, Ahmad Faidhi b. Mohd Sidek, Ahmad Tarmizi b. Md. Arifin, Ahmad Shahrir b.Alias dan Wan Mohd Izzuddin b. W. Zulkifli.

Berikut, adalah keputusan penuh STAM SMAASZA 2009:
- Mumtaz : 30 orang
- Jayyid Jiddan : 18 orang
- Jayyid : 21 orang
- Maqbul : 1 orang
- Rasib : 1 orang

Manakala Keputusan SPM mencatatkan seramai 6 orang calon yang mendapat semua "A" dalam kesemua matapelajaran yang diambil. Mereka ialah Ainatul Mardhiah bt Mohammadin -12A (dari aliran Sains), Mohd Naqiuddin b. Kader, Mohd Nazri b. Ramli, Nik Aina Shuhada bt Nik Mohd Fadhil, Nur Samihah bt Zul dan Nurul Nadzirah bt Mohd Rafii -10A (dari Aliran Thanawi). Jumlah calon SPM adalah 105 orang.

Tahniah kepada mereka yang berjaya...bersama mencipta kegemilangan